Bagaimana untuk menukar Bendalir Transmisi Automatik dan Penapis dalam BMW 330i dilengkapi dengan GM 5L40E Penghantaran Automatik yang AS5-390R. Ini adalah prosedur yang sama untuk semua GM Penghantaran automatik berasaskan ditemui di siri 3, Z3, dan Z4. Pastikan anda mempunyai T40, dan T45 Torx soket, 10mm soket, pisau cukur, pemandu skru, banyak kain, sekurang-kurangnya empat bicu berdiri, dan dua bicu, cermin mata keselamatan dan Sarung tangan nitril, ditambah dengan kes ATF Dexron VI. Mobil Dexron VI (atau campuran sintetik yang lain) akan menggantikan Texaco ETL 8072B sebagai ATF. Saya melakukan perubahan dua bahagian untuk memastikan kebanyakan bendalir telah ditukar. Bahagian pertama adalah hanya parit dan mengisi tanpa penyingkiran kuali, ini ditukar kira-kira 4 kuart. Memandu kereta 100 kilometer dan kemudian melakukan longkang penuh dan perubahan penapis (video ini) dan yang ditukar kira-kira 6 kuart. Ini akan memastikan bahawa 80-90% daripada cecair ditukar. Post menukar manual 5 kelajuan pindah (terutama downshifts) adalah lebih cepat. Semua perubahan automatik di bawah kuasa sebagai baik atau lebih baik daripada sebelum ini. Mujurlah magnet pada bahagian bawah kuali tidak mempunyai banyak walaupun selepas hampir 100k km pada bendalir asal. Untuk perbincangan lanjut sila Klik: Forum di bawah ini.. http://www.bmwland.co.uk/forums/viewtopic.php?f=4&t=83484
"Ape tindakan yg diambil klu enjin kete tak daftar? "
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan," Awas Kereta Anda Boleh Disita….
Pemilik kenderaan terbabit di kompaun maksimum RM300 kerana menukar enjin tanpa kebenaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
Nombor enjin tersebut ibarat kad pengenalan
Bagi mengelak kenderaan kita daripada dibatalkan pendaftarannya oleh JPJ
Pemeriksaan nombor enjin mestilah sama dengan pendaftaran JPJ
lokasi untuk nombor enjin pula dicop pada blok silinder enjin
Jenis-Jenis Permohonan
1. Kategori 1 : Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.
2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal.
3. Kategori 3 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25% dari keupayaan asal.
4. Kategori 4 : Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari yang asal.
5. Kategori 5 : Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal."*Peringatan bila convert enjin, sistem suspensi, brek dan ekzos perlu juga diambil berat pastikan dalam baik, bersesuaian dan selamat...pastikan convertion kita halal" Syarat syarat permohonan
Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin·
-Tidak ada pengubahsuaian pada enjin 'Mounting'·Kimpalan pada enjin 'Mounting' tidak dibenarkan.
-Propeller Shaft' tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian.
-Tiada keretakan atau karat pada enjin 'Mounting'.
-Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal.
-Sistem gantungan (Suspension System) perlu dinaikkan taraf merangkumi 'Spring Stiffness'.
Prosedur register enjin kereta Lepas covert,
Dokumen yg perlu ada:
1. Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Borang B2
2. Geran Pendaftaran yang asal
3. Resit asal pembelian enjin/halfcut dari kedai potong.. kene pastikan enjin yg nko beli tuh ade Resit
4. Surat Kastam K2 yang disahkan (dapatkan dari kedai potong dimana anda beli enjin anda)
5. Insuran yang baru
seterusnya...siapkan dokumen2 tersebut dlm 4 salinan.. bawak dokumen2 tersebut ke:
Bahagian Teknik
Aras 2, Blok D 4, Parcel D ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62620 Putrajaya
Tel: 03 88866425Faks: 03 88866689
(kalo post aku x pasti lak blh ke x.. apa2 pon try call bhg Teknik dulu)
1.sekiranya tiada org dlm atau pon runner... anda perlu menunggu selama 2 minggu utk dokumen itu diteliti dan dikepilkan dengan surat sokongan... (kalo ade org dlm ataupun runner.. on the spot dh siap dh..) tiada bayaran dikenakan disini 2.Dah siap dokumen tersebut... bawa ke Puspakom utk pemeriksaan
3.Dah siap pemeriksaan Puspakom... bawa pula ke JPJ yang anda nyatakan di dalam borang JPJ (borg JPJ B2)... SEBELUM anda ke kaunter untuk urusan endorsement... sila call penginsurans anda utk memaklumkan penukaran no enjin yg lama ke no enjin yang baru... SEKIRANYA tidak berbuat demikian... JPJ akan menolak permohonan anda...
selesai berbuat demikian... maka anda boleh memandu kenderaan anda tanpa rasa was-was lagi
Prosedur tukar nama kat geran dari segi urusan jpj,puspakom dan insuran?
-Keta nak di beli mesti di test di PUSPAKOM dulu (kita anggap test luluslah)
-Kemudian owner & pemilik mesti hadir di JPJ tempat nak buat penukaran nama tu (MESTI HADIR, takleh pakai wakil)
-Bawa GERAN & RESULT TEST PUSPAKOM sekali masa tu
-Isi borang JPJ untuk penukaran nama, PHOTOSTAT I/C penjual & pembeli, salinan i/c tu kena GAMKAN pada borang tu di JPJ-Serah di kaunter, tunggu sampai pegawai JPJ panggil untuk disahkan i/C bersama-sama, kendian diorang akan proses tukar nama lah.
-Sediakan RM100 untuk proses tukar nama, nanti dia panggil untuk serah geran yang dah di tukar nama & kena bayar duit proses tuSelesai bab tukar nama.
Untuk insuran plak
kalau ko nak buka insuran baru lagi senang, bawa je geran baru tu p pejabat insuran, diorang buat baru je.. setel. Kalau nak buat 1st party biasanya agen nak tengok skali, Road tax dah mati
pihak insuran just key-in.. print.. pastu bawak geran & salinan cover note tu pergi renew rodtax
Kalau rodtax masih idop
samada transfer nama dari insruran owner (kalau owner nak la) kalau tak ko kena buat insuran baru gakla. Hal2 ni bleh berurusan terus dengan pejabat insuran, diorang akan bagitau cara2 yang baik.
*Untuk tukar nama tu
kalau syarat JPJ mesti owner & buyer wajib hadir pada masa yang sama untuk pengesahan i/C & terus tukar nama. Tapi kalau ada RUNNER yang memang keja dia berurusan dengan JPJ, dia bleh edjustkan tukar nama dalam geran tanpa kita hadir,cuma kita kena bagi geran,result puspakom & salinan i/C tu pada dia. tapi for surelah dengan BAYARAN. Berapa? bergantung pada runner, sebab kita tau, bukan senang nak ejas owner & buyer nak hadir sama time. So nak cari runner, diorang ni banyak kawtim dengan usedcar, Sebolehnya cek betul2 track record runner sebelum setuju deal apa2pun.
PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI MARSHAL berkereta di bahagikan kepada sepuluh bahagian:
1. ZERO Marshal 2. CONTROL Marshal 3. KONVOI Marshal 4. SWEEPER / HOT CAR Marshal 5. TEAM LEADER Marshal 6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal 7. Kereta Peserta 8. BACK MARKER Marshal 9. MEDIK Marshal 10. MEKANIK Marshal
ZERO MARSHAL
ZERO bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. ZERO juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan CONTROL, BM, SP, & HC untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. ZERO mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada CONTROL, BM, SP dan HC untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. ZERO mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada CONTROL, SP, & HC untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong ZERO kecuali diberi arahan sebaliknye.
CONTROL MARSHAL
CONTROL adalah penolong kepada ZERO. CONTROL mestilah mengagihkan semua arahan kepada TL. Jika ZERO tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, CONTROL mestilah mengambil alih tugas ZERO seperti yang diarahkan oleh ZERO. CONTROL mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua TL untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.
KONVOI MARSHAL Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yang tidak berada di dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.
SWEEPER @ HOT CAR MARSHAL SP/HC – Bilangan kenderaan SP/HC bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari ZERO dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. SP/HC akan sentiasa memberikan pertolongan kepada ZERO dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada ZERO bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya SP/HC dibenarkan untuk berada dihadapan ZERO jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah menberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.
TL dipertugaskan untuk memastikan semua ahli konvoi yang dipertanggungjawabkan menerima arahan. TL hanya menerima arahan cari CONTROL.
ATL dipertanggungjawabkan untuk membantu TL dalam menguruskan ahli masing-masing. ATL hanya menerima arahan dari TL. Dalam keadaan yang tidak dijangka, jika TL tidak dapat menjalankan tanggunjawab, ATL akan mengambil alih tugas TL.
Kereta Peserta Konvoi:-
KERETA PESERTA
Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat) Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan. Flash kan lampu jika ada kecemasan.
BACK MARKER MARSHAL
BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi kecuali SP atau HC. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada ZERO pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi.
Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari TL/ATL. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, CONTROL akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari ZERO.
Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada ZERO, CONTROL, BM & SP/HC dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.
Sewaktu Perlepasan
Semua kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli yang dating lewat. Sila pastikan yang ada melapik perut anda sebelum dating ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang tenaga.
Semasa Konvoi
Kepada semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut.
Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda! Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi. Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di posisi anda.
Peraturan² Di Jalanraya Barisan konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas. Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya.
Memintas/Memotong Kenderaan
Hanya dibenarkan apabila diarahkan.
Memecut
Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik. Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggunjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.
Tip untuk ZERO dan CONTROL Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu. Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan. Jika konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh TL/ATL. Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan pemunpangnye sekali.
Pemeriksaan kenderaan secara terperinci. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain. Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka.
Ianye amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar kenderaan anda ke Pusat Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki bahagian-bahagian yang perlu dia baiki.
Contohnye seperti:
1. Minyak enjin (Engine Oil) 2. Penapis minyak (Oil Filter) 3. Air bateri (Battery Fluid) 4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant) 5. Cecair Brek (Break Fluid) 6. Pelapik brek (Break Pad) 7. Pum Brek (Break Pump) 8. Disk brek (Disc Break) 9. Pum clutch (Clutch Pump) 10. Cecair Clutch (Clutch Fluid) 11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid) 12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt) 13. Penghawa dingin (Air-Condition) 14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid) 15. Tayar (Tyre) 16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure) 17. Tayar Sokongan (Spare Tyre) 18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp) 19. Lampu Belakang (Rear lamp) 20. Peti Kecemasan (First Aid Kit) 21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit) 22. Peralatan Sokongan (Standard Jack) 23. Bilah pengelap (Wiper Blade)
Kami mengambil berat terharap senarai diatas dan di harap yang anda juga ada membuat senarai anda sendiri sebelum pergi ke pusat servis. Anda tidak akan dibenarkan untuk menyertai konvoi jika apa yang ada di senaraikan diatas tidak memenuhi pihak pemeriksaan kenderaan.
Turut menyertai Majlis Makan Malam Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha
Pengajian Tinggi Malaysia Serta beberapa Vip yang lain.
Nota:
Tahniah Pada kita semua kerana bersama dapat menjayakan program ini
bersama dengan Nadi Malaysia serta beberapa Agensi-agensi kerajaan serta
kolej-kolej yang lain. Mari kita jayakan kerjasama Strategik ini bersama-sama untuk
masa yang akan datang. Pelbagai Program serta aktiviti sedang dirangka serta
telah berjaya di anjurkan melalui program strategik ini. Perjanjian Strategik ini
menjanjikan setiap ahli kelab layak menerima penajaan dari segi penginapan serta pembelanjaan semasa berkonvoi disamping lain-lain faedah untuk ahli serta
kelab kita itu sendiri..
Hidup E46 Club Bimmerz Malaysia
Lagu ini sekadar hiasan sahaja..sila layan..
( Video 1 )
Sebahagian Gambar Semasa
Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik..
Sebahagian pertunjukan kesenian serta aturcara
pada malam majlis
Gambar Slide 1 Semasa Majlis.
Orang Lama Kelab bertemu kembali...
Makan Tak Ajak pun..
Makan sudah minum sudah..apa lagi kita merokok dulu..
Awas!!!
Merokok Berbahaya Untuk Kesihatan
Suasana meriah
Habis pertunjukan tiba masa..para jarman
buat persembahan pulak di atas pentas haha..
NADI Vs E46 Club = Bekerjasama..
Korang tengok si Yott mana NADi dia pegang..memang tak ble blah mamat tu..
Ini Kami TT, Konvoi, Makan Malam dan bergembira bersama
Hidup E46 Club Bimmerz Malaysia
Video 2.. Mood Blog kali ini Espanol..wow
Malam Majlis ini ..Barisan Si Camar mengalahkan yang lain...warna haha
Seberang Parking Geng Silver.. ke 2 teramai..
Geng Black kalah teruk tahap TKO haha..
Meeting antara NADI Malaysia dengan e46 Club Bimmerz Malaysia
Meeting e46 Club
Semua memberi perhatian apabila semasa sesi pembetangan program-program
Kelab untuk masa yang akan datang..
Sayang sesi bergambar di lokasi yang sama semasa Majlis Berbuka Puasa
Kerana semua tempat menarik di Putrajaya penuh.
Barisan kita kian bertambah ahli nyer..terbaik
Tempat yang sama tetapi tetap menarik
Dan yang ini Orang lama Kelab dari Terenganu..
Orang jauh boleh datang..sayang orang dekat tak berapa nak datang huhu
Separuh dari kekuatan dari ahli-ahli yang tegar berkonvoi atau berTT..
Moga yang akan datang kita akan lebih aktif lagi..