WELCOME TO E46 CLUB BIMMERZ MALAYSIA

WELCOME TO E46 CLUB MALAYSIA; Next Xtvt:- 7/6/14 Futsal piala menteri W/p> 30/8/14 Family day B.Merah

Friday, July 6, 2012

LESEN MEMANDU ANTARABANGSA DAN LAIN-LAIN JENIS LESEN MEMANDU






LESEN MEMANDU ANTARABANGSA

Pertukaran lesen memandu domestik asing kepada lesen memandu kompeten Malaysia
  • Pemegang-pemegang lesen memandu asing bagi negara-negara tertentu dan masih sah tempohnya boleh membuat pertukaran kepada lesen memandu kompeten Malaysia secara automatik. Walau bagaimanapun, pemegang-pemegang lesen tersebut masih boleh memandu di negara ini selagi Lesen Memandu domestik negara asing tersebut masih sah tempohnya dan ada membawa bersama-samanya terjemahan lesen dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Senarai negara yang diterima untuk pertukaran adalah berubah dari masa ke semasa dan boleh dipinda berdasarkan pengesahan terkini dari Kementerian Luar Negeri. Senarai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:



AustraliaBruneiBelgiumChina
DenmarkEgypt(Mesir)FijiFinland
FranceGermanyHong Kong Iran
ItalyIraqJepunKorea 
LibyaLaosMauritius Myanmar
New ZealandNetherlandsNigeriaPapua New Guinea
PhilippinesPolandRussia Switzerland
SpainSingaporeThailandTurkey

  • Pemegang-pemegang lesen memandu domestik negara asing yang lain yang menjadi negara Perjanjian Konvensyen Geneve 1949 & 1968 boleh memandu di negara ini selagi lesen memandu domestik negara asing tersebut masih sah tempohnya dan ada membawa bersama-samanya terjemahan lesen dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Antara negara tersebut adalah :




AfghanistanAlbaniaAlgeriaArgentina
AustriaBrazilBahamasBahrain
BarbadosBeninBelarusBangladesh
BoliviaBosnia HerzegovinaBotswanaBulgaria
Burkina FasoBurundiCameroonCanada
Central AfricanChadChileCongo
Cote D'IvoreCosta RicaColombiaCroatia
CzechoslovakiaDahomeyDominican RepublicD.Kampuchea
EcuadorEstoniaEthiopiaEl Salvador
French PolynesiaGeorgiaGhanaGreece
GuatemalaGuineaGuyanaHaki
HondurasHoly SeeHungaryIceland
IndiaIndonesiaIrelandIvory Coast
JamaicaJordanKenyaKuwait
LatviaLebanonLesothoLiberia
LiechtenaterinLithuaniaLuxembourgMadagascar
MalawiMaldive IslandMauritaniaMexico
MonacoMongoliaMoroccoNamibia
NepalNicaraguaNorwayNiger
PanamaParaguayPeruPakistan
Republic of MoldovaRepublic of MacedoniaRomaniaRwanda
San MarinoSaudi ArabiaSenegalSeychelles
Sierre LeoneSlevaniaSloveniaSomalia
Southern YemenSouth AfricaSri LankaSudan
SwitzerlandSyriaTaiwanTogo
Trinidad & TobagoTunisiaTurkmenistanUganda
Ukrainian SovietUnited Arab RepublicUnited KingdomUnited States
UruguayUzbekistanVenezuelaVietnam
Western SamcaYemenYugoslaviaZambia
Zimbabwe

  • Pemegang-pemegang lesen memandu domestik negara asing seperti (b) di atas boleh memohon untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia daripada Ketua Pengarah JPJ dan Ketua Pengarah boleh menggunakan budi bicaranya mengikut kes demi kes, untuk membenarkan pertukaran lesen memandu domestik negara asing tanpa ujian ataupun mengenakan syarat-syarat dari masa ke semasa.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Salinan lesen memandu domestik asing yang disahkan.
  2. Surat terjemahan lesen (Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia) oleh kedutaan negara yang mengeluarkan lesen atau pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen berkenaan;
  3. Borang permohonan 
Permit memandu antarabangsa

  • Pemegang-pemegang lesen memandu Malaysia yang ingin memandu di negara asing adalah dinasihatkan untuk mengambil permit memandu antarabangsa;

  • Permohonan permit Antarabangsa juga boleh dipohon di pejabat Persatuan Automobil Malaysia; dan 
  • Pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
  1. Lesen memandu domestik asal & salinan photostat yang masih sah tempohnya untuk 1 tahun;
  2. Kad Pengenalan asal & salinan photostat;
  3. 2 keping gambar warna ukuran pasport
  4. Bayaran RM150.00 setahun


Jenis Lesen-Lesen Memandu di Malaysia

Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
  • Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) - diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit.Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percubaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) - Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
  • Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial - Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
  • Permit Memandu Antarabangsa (IDP) - Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.

[sunting]Kelas

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar Berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Sumber: JPJ Malaysia.

No comments:

Post a Comment