WELCOME TO E46 CLUB BIMMERZ MALAYSIA

WELCOME TO E46 CLUB MALAYSIA; Next Xtvt:- 7/6/14 Futsal piala menteri W/p> 30/8/14 Family day B.Merah

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

 
Layan Lagu Raya kita laa dulu bro..
Baru best baca kata-kata motivati yer tak..
( sorry gambar ada cacat sikit )..



Kami ( AJK E46 Club Bimmerz Malaysia ) Mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri serta memohon 
ribuan kemaafan kepada ahli-ahli kelab jika ada kami
tersalah kata dan perbuatan.




Slide foto serta mutiara kata


Gambar Kita Bersama Ayat-Ayat Motivasi & Tip-tip

Pemanduan Jarak Jauh Dan Lain-Lain Tips Lagi.

Tip Pemanduan Jarak Jauh


Seperti tahun-tahun yang lepas, seminggu sebelum menjelangnya Hari Raya, warga kota akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung. Pelbagai persiapan dibuat bagi menyambut hari lebaran seperti membeli baju, langsir atau kasut baru, serta membersihkan setiap halaman rumah. Namun adakah korang semua membuat persiapan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman ?
Persiapan atau pun perancangan untuk perjalanan pulang ke kampung amatlah penting. Kalau sebelum ni aku ada memberikan panduan/tip balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Pihak PLUS Expressways Bhd (PLUS) pula memperkenalkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Di sini terdapat pula beberapa tip persiapan sebelum dan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
Sebelum perjalanan
  1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalanraya.
  2. Bawalah kereta ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta ada. Periksa komponen enjin seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.
  3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja. Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu.
  4. Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh member kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.
  5. Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.
  6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.

Semasa perjalanan
  1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.
  2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.
  3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.
  4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.
  5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.
  6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memoton. Jangan menghalang kenderaan lain, kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar.
Jika korang melaksanakan ke semua tip di atas, nescaya risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Panduan / Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri

Tinggal seminggu lagi sebelum umat islam diseluruh dunia termasuklah Malaysia akan meraikan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam menantikan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, sepatutnya kita tidak melupakan juga sepuluh malam terakhir Ramadan yang sepatutnya kita hiasi dengan ibadah.
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kali ni aku nak kongsi panduan / tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Sebab tu lah pentingnya semangat berjiran ni kan. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Dapatlah polis buat rondaan kalau ada yang maklumkan dekat dorangkan.
Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting  sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.
Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bungan. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.
Hentikan langganan akhbar/majalah
Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan korang dekat rumah. Kalau dah surat khabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidakkan. Disamping tu juga dapatlah berjimat sebab tak payah langgan dalam tempoh kita bercuti tu.
Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut. 
Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.
Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.



Jadual Perjalanan Sempena Hari Raya Aidilfitri

PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.
Langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini.
Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.
Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi.
Semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.
Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan juga dinasihatkan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan.



Petua Pemanduan Jimat Dan Selamat

Sekiranya anda merancang untuk memandu jauh dalam masa yang terdekat samada untuk tujuan ‘balik kampong’ bersama isteri dan anak-anak, pergi bercuti atau untuk tujuan bertugas / perniagaan, jangan keluar rumah sebelum mengambil petua pemanduan di bawah.
Baca lagi untuk mengetahui bagaimana untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan wang, dan yang lebih penting sekali ialah memastikan keselamatan sepanjang pemanduan anda.
  1. Sebelum memulakan pemanduan jarak jauh, sila pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya dan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat. Meminum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi tidak semestinya cara yang terbaik untuk mengelakkan terlelap ketika memandu. Walaupun pada awalnya anda akan merasa lebih cergas, kesannya akan menjadi berkurangan sedikit demi sedikit, dan anda akan mudah hilang tumpuan walaupun dalam keadaan terjaga.
  2. Berhenti di tempat perhentian yang selamat atau stesyen Rehat dan Rawat (R&R ) setelah beberapa jam memandu, walaupun anda tidak terasa mengantuk. Ambil makanan ringan, dapatkan udara segar, dan kendurkan kaki anda dengan berjalan di sekitar kawasan perhentian. Ambil sedikit masa untuk tidur jika perlu.
  3. Jika boleh, kongsikan tanggungjawab pemanduan bersama rakan atau pasangan anda. Ini akan membolehkan anda dan pasangan membuat pemantauan secara bergilir ketika tidak memandu dan juga membolehkan anda berehat atau tidur sebentar tanpa berhenti dan kehilangan banyak masa. Sekiranya anda memandu bersendirian, buka radio atau muzik serta buka tingkap kenderaan. Elakkan dari menggunakan ‘cruise control’ sekiranya memandu bersendirian pada waktu malam – pemanduan manual yang memerlukan tumpuan bagi mengekalkan kelajuan akan membantu anda untuk sentiasa terjaga.
  4. Sekiranya anda terpaksa berhenti, elakkan dari meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di lorong kecemasan dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali dalam keadaan kecemasan.
  5. Ketahui undang-undang jalanraya sepanjang perjalanan anda berkenaan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Walaubagaimanapun, sekiranya bercakap menggunakan telefon bimbit adalah di benarkan di sesetengah negara, adalah lebih selamat sekiranya anda menggunakan peralatan ‘hands-free’.
  6. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang tip berikut, anda patut malu pada diri anda sendiri. Jangan minum minuman keras sebelum, ketika memandu atau apabila tidak memandu….
  7. Dapatkan maklumat tentang cuaca melalui radio atau perhatikan langit dan keadaan cuaca sepanjang perjalanan. Rancang semula perjalanan sekiranya perlu. Perubahan arah perjalanan akan membantu menjimatkan banyak masa anda terutamanya ketika berlaku penutupan jalan atau kesesakan lalulintas di sebabkan kejadian banjir atau tanah runtuh.
  8. Layari laman web atau buka radio apabila menghampiri bandar-bandar utama untuk mendapatkan berita terkini berkenaan keadaan lalulintas.
  9. Anda sepatutnya merancang arah perjalanan yang tepat sebelum meninggalkan rumah – tetapi bawa juga bersama anda peta jalanraya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada terdapat sebarang perubahan atau tersesat.
  10. Sekiranya anda menggunakan kereta sewa atau kenderaan yang tidak biasa anda pandu, sila biasakan diri terlebih dahulu dengan kenderaan tersebut dan juga biasakan dengan peralatan dan kelengkapan didalam kenderaan tersebut (i.e. horn, brake, lampu kecemasan dll.)
  11. Kunci barang-barang berharga didalam bonet atau’glove compartment’ dan susun kesemua beg pakaian di dalam bonet.
  12. Kenalpasti undang-undang jalanraya setempat lebih-lebih lagi apabila anda memandu di luar negara. Untuk undang-undang antara bangsa, sila lihat Renting a Car Abroad.
  13. Pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik – yang mana tayar mengandungi angin secukupnya, air dan minyak enjin berada di tahap yang baik dan tangki minyak telah diisi secukupnya. (Untuk pemanduan yang agak jauh, anda perlukan seorang mekanik untuk membuat pemeriksaan yang lengkap.)
  14. Fikirkan untuk menyertai keahlian AAA atau mana-mana syarikat yang di percayai. Anda tidak akan menyesal sekiranya berlaku sebarang kerosakan dimana-mana.
  15. Amalkan cara pemanduan yang menjimatkan petrol bagi meminimakan kos. Kurangkan kekerapan penggunaan brek dan menekan pedal secara mengejut secara silih berganti. Keluarkan bebanan yang tidak Perlu daripada kereta anda, jangan memecut bagi mengurangkan penggunaan petrol.
  16. Jangan menunggu sehingga tangki minyak anda mencecah tahap ‘E’ untuk mengisi semula minyak. Dalam perjalanan yang anda tidak biasa melaluinya, anda tidak tahu bilakah anda akan bertemu dengan station minyak. Sebaik sahaja tahap petrol anda mencecah satu perempat daripada tangki, cuba cari tempat untuk mengisi semula tangki minyak kereta anda.
  17. Apabila bersama kanak-kanak, pastikan anda berhenti sekerap yang mungkin -  bukan sahaja untuk makanan ringan atau ke tandas, tetapi ianya juga bertujuan untuk bersantai. Kenalpasti tempat-tempat perhentian yang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak. Sediakan permainan, buku dan hiburan di dalam kereta untuk anak-anak anda.
  18. Sekiranya anda ingin membeli bekalan makanan-makanan ringan untuk di makan sepanjang perjalanan, beli di pasaraya atau kedai-kedai runcit kerana harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding di stesyen minyak atau R&R.
  19. Dalam perjalanan yang jauh, sediakan tuala kecil, Tupperware dan peti penyimpan ais untuk simpanan makanan. Anda juga perlukan first-aid kit, lampu suluh, bantal dan selimut. Sediakan juga ‘jumper cables’ dan tayar spare.
  20. Akhir sekali, sebagaimana yang telah semua ketahui tetapi amat mustahak dan perlu ditekankan disini: Tolong pastikan bahawa semua pemandu dan penumpang telah memasang tali pinggang keledar. Ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi di sesetengah tempat, ianya menjadi prasyarat dalam mematuhi undang-undang jalanraya.
Selamat memandu.
 ( Kata Tahun Depan hendak Merasai Hari Raya Lagi Yer Tak.. )

No comments:

Post a Comment