LESEN MEMANDU ANTARABANGSA
Pertukaran lesen memandu domestik asing kepada lesen memandu kompeten Malaysia
- Pemegang-pemegang lesen memandu asing bagi negara-negara tertentu dan masih sah tempohnya boleh membuat pertukaran kepada lesen memandu kompeten Malaysia secara automatik. Walau bagaimanapun, pemegang-pemegang lesen tersebut masih boleh memandu di negara ini selagi Lesen Memandu domestik negara asing tersebut masih sah tempohnya dan ada membawa bersama-samanya terjemahan lesen dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Senarai negara yang diterima untuk pertukaran adalah berubah dari masa ke semasa dan boleh dipinda berdasarkan pengesahan terkini dari Kementerian Luar Negeri. Senarai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
Australia | Brunei | Belgium | China |
Denmark | Egypt(Mesir) | Fiji | Finland |
France | Germany | Hong Kong | Iran |
Italy | Iraq | Jepun | Korea |
Libya | Laos | Mauritius | Myanmar |
New Zealand | Netherlands | Nigeria | Papua New Guinea |
Philippines | Poland | Russia | Switzerland |
Spain | Singapore | Thailand | Turkey |
- Pemegang-pemegang lesen memandu domestik negara asing yang lain yang menjadi negara Perjanjian Konvensyen Geneve 1949 & 1968 boleh memandu di negara ini selagi lesen memandu domestik negara asing tersebut masih sah tempohnya dan ada membawa bersama-samanya terjemahan lesen dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Antara negara tersebut adalah :
Afghanistan | Albania | Algeria | Argentina |
Austria | Brazil | Bahamas | Bahrain |
Barbados | Benin | Belarus | Bangladesh |
Bolivia | Bosnia Herzegovina | Botswana | Bulgaria |
Burkina Faso | Burundi | Cameroon | Canada |
Central African | Chad | Chile | Congo |
Cote D'Ivore | Costa Rica | Colombia | Croatia |
Czechoslovakia | Dahomey | Dominican Republic | D.Kampuchea |
Ecuador | Estonia | Ethiopia | El Salvador |
French Polynesia | Georgia | Ghana | Greece |
Guatemala | Guinea | Guyana | Haki |
Honduras | Holy See | Hungary | Iceland |
India | Indonesia | Ireland | Ivory Coast |
Jamaica | Jordan | Kenya | Kuwait |
Latvia | Lebanon | Lesotho | Liberia |
Liechtenaterin | Lithuania | Luxembourg | Madagascar |
Malawi | Maldive Island | Mauritania | Mexico |
Monaco | Mongolia | Morocco | Namibia |
Nepal | Nicaragua | Norway | Niger |
Panama | Paraguay | Peru | Pakistan |
Republic of Moldova | Republic of Macedonia | Romania | Rwanda |
San Marino | Saudi Arabia | Senegal | Seychelles |
Sierre Leone | Slevania | Slovenia | Somalia |
Southern Yemen | South Africa | Sri Lanka | Sudan |
Switzerland | Syria | Taiwan | Togo |
Trinidad & Tobago | Tunisia | Turkmenistan | Uganda |
Ukrainian Soviet | United Arab Republic | United Kingdom | United States |
Uruguay | Uzbekistan | Venezuela | Vietnam |
Western Samca | Yemen | Yugoslavia | Zambia |
Zimbabwe |
- Pemegang-pemegang lesen memandu domestik negara asing seperti (b) di atas boleh memohon untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia daripada Ketua Pengarah JPJ dan Ketua Pengarah boleh menggunakan budi bicaranya mengikut kes demi kes, untuk membenarkan pertukaran lesen memandu domestik negara asing tanpa ujian ataupun mengenakan syarat-syarat dari masa ke semasa.
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Salinan lesen memandu domestik asing yang disahkan.
- Surat terjemahan lesen (Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia) oleh kedutaan negara yang mengeluarkan lesen atau pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen berkenaan;
- Borang permohonan
Permit memandu antarabangsa
- Pemegang-pemegang lesen memandu Malaysia yang ingin memandu di negara asing adalah dinasihatkan untuk mengambil permit memandu antarabangsa;
- Permohonan permit Antarabangsa juga boleh dipohon di pejabat Persatuan Automobil Malaysia; dan
- Pemohon-pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
- Lesen memandu domestik asal & salinan photostat yang masih sah tempohnya untuk 1 tahun;
- Kad Pengenalan asal & salinan photostat;
- 2 keping gambar warna ukuran pasport
- Bayaran RM150.00 setahun
Jenis Lesen-Lesen Memandu di Malaysia
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
- Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) - diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit.Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percubaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) - Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
- Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial - Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
- Permit Memandu Antarabangsa (IDP) - Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
[sunting]Kelas
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
- A - Kenderaan orang cacat
- B - Motosikal melebihi 500 cc
- B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
- B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
- C - Motosikal roda tiga
- D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
- E - Motokar Berat dengan BTM melebihi 7500 kg
- E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
- E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
- F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
- G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
- H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
- I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
Sumber: JPJ Malaysia.
orang myanmar boleh buat lesan malaysia ke
ReplyDeleteWarga China boleh mohon lesen di Malaysia ke?
ReplyDeleteDengan lesen memandu antara bangsa
ReplyDeleteAssalamualaikum dan slamat sejatara?Tuan/puan
nama sya ada lah norhidayah bt ismail sya nk tanya skit boleh kr tak.jika blh sila reply kpada sya .
assalamualaikum dan salam sejahtera say Harold sulaiman ingin tahu bagai manakah caranya untuk saya mendapatkan lesen memandu antarabangsa tampa pulang ke malaysia tanah airku,mohon penjelasan tuan puan terima kasih.
ReplyDelete