Layan der..
Tahniah kepada sahabat kita Mr Fujiko kerana baru-baru ini melangsungkan perkahwinan. Pihak E46 Kelab mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu. Ribu Kemaafan kerana kehadiran ahli-ahli kita kurang sedikit, ini adalah kerana pelbagai faktor semasa maklumlah cuti panjang cuti raya cina ..pelbagai hal penting terjadi masa-masa gitu.
Photo Perkahwinan di Melaka
Photo Perkahwinan semasa di Perlis
Tahniah kepada ahli-ahli kita yang hadir semasa perkahwinan ini...
Macam Hang Tuah bro..
Merentas ke Danuk...Sawadikap e46 Malaysia..
Shahreen, Wan N Bob.. & Nasril n lain-lain...Lu Orang memang Terbaik...
Terima Kasih Bob..kerana membekalkan gambar & menjadi Ketua Rombongan semasa kawan-kawan dari kelab datang ke Sana..Jasamu di Kenang..
Info Tetang Negara Thailand
Ingin Membawa Kerata
Masuk Thailand dengan kereta sendiri, adalah topik yang saya ingin kongsi dengan saudara saudari semua hari ini.
Membeli Insuran di Cangloon Kedah
Kami bawa kereta sendiri, jadi kena beli insuran thailand, kami ambil 9 hari dengan harga RM15.00. Nak pi 2 hari sahaja. Geran Original kami bawa sekali, cuma semasa beli insuran bagi yang photostat sahaja.Agen insuran ada kat travel atau kat duty free. mereka akan pasang papan tanda jual insuran, salah satunya Naluri Aman Duty Free, kat sini ada agen jual insuran kereta ke thailand
Sampai di Bukit Kayu Hitam
Bila memasuki Border Thailand, kami pi cari parking, 3 orang di tugaskan cop pas sempadan. (Pas Sempadan untuk negeri yang sempadan dengan Thailand sahaja). Waktu cuti sabtu dan hari cuti lain memang ramai masuk Thailand kalau time banyak bas pada masa tu, mungkin akan mngambil masa hampir 2 jam kami menunggu.
Lepas Cop Border Pass, kami pi lapor kenderaan di Kastam Thailand, bawa geran kereta dan insuran Thailand yang di beli tadi. Puak kastam siam, biasa mereka minta duit kopi antara 10 baht dan 20 baht (kira-kira RM1.00 dan RM2.00 duit kita). Hari cuti memang sesak pintu sempadan
Awas Korang Mungkin Denda RM200 oleh Kastam Thailand
Ni padahnya bila beli kereta 2nd. Kita tak tahu rekod kereta kita oleh pembeli awal atau tuan awal kereta itu. kes ni terjadi bila pemilik awal tak lapur bila keluar dari Thailand. Jadi bila kami masuk semula kereta kena tahan. Puak kastam kata kena kena bayar RM200. kalau tidak, tak boleh masuk.
Dalam surat kastam siam memang ada cop merah, sila lapor atau serak surat kastam bila nak keluar dari thailand. Tuan kereta kena sign dalam buku rekod kastam. Jadi bila nak bawa kereta sendiri tuan kereta sepatutnya pergi.
HP tiada line bila di Thailand
Maxis ke Celcom ka, semua tiada line. Jadi kami terpaksa guna prepaid thailand, no bermula 075 xxxxxxx . mengikut lokasi. Tetapi korang ble aktif perayauan antarabangsa untuk maxis atau lain2.
No comments:
Post a Comment