Sambutan raya untuk Kelab telah diadakan di Dewan banquet, UPM, Serdang. Sambutan perayaaan tahun ini telah di ketuai oleh En Rus azlan sebagai Event Manager Club . Majlis pada kali ini sebanak 45 Ahli telah hadir dan ini bermakna kehadiran ahli bertambah dari tahun lepas. Terbaik guys.
Majlis ini sebenar nya adalah kerjasama antara pihak UPM & Kelab e46 Malaysia.
Aturcara Majlis & Gambar semasa
Majlis itu di langsungkan
Kedatangan para ahli Kelab
Peserta berkonvoi ke tempat berlangsungnya Majlis Sambutan Raya..
Perh Mak datin mana nih haha..
Serius nampak Epul..
Abang from KokDiang pun datang..terbaik
Ini dia orang kuat Event untuk kali ini.. Rus Azlan.
Perh Berseluar merah2 yer bomoh..
Yang sebelah tu sapa Ju...hehe
Mana ble cari Cip jadi penjaga pakir der haha
Lebih 45 Ahli yang hadir ..hoho awesome guys..
Suasana semasa majlis di jalankan
Cip & orang kuat kelab..Goku...
Korang skodeng per der...Aptb Ajai & Megat..
Megat & Bob mula buat dah..huhu..
Ahli2 Kelab dari Utara semenanjung pun datang..terbaik guys...
Tokey..ketum ker nih haha..
Cip berjanggut pulak yer..persoalannya kenapa boy sangat serius je tu..
Pertukaran Cenderahati antara pihak Kelab & Pihak UPM
Makan time..
( Walau hidangan tidak bertahap 5 star tetapi Ikatan persahabatan itu lagi terbaik dari segala-galanya.. )
Tuan rumah n tanah pun datang ke...terbaik Puteri Nini..
Abang Botak Aka "Shah" Rukh Khan kita hehe
Inilah Kami..Keluarga besar..walau apa tahap n pangkat kita orang tetapi di dalam kelab kami bersama
& suka bekerjasama..bravo guys...
Slide Pict.
Sumber gambar: Rizuan-rizuan & ahli kelab.
Kalau ada Masa mari kita belajar sikit apa erti maksud Sahabat, kawan, rakan & Kenalan..
( saya pun tidak tahu..copy paste je yang saya tahu hehe..)
Perbezaan Maksud Antara Sahabat, Kawan, Rakan Dan Kenalan
Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan.
Sahabat Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
No comments:
Post a Comment