WELCOME TO E46 CLUB BIMMERZ MALAYSIA

WELCOME TO E46 CLUB MALAYSIA; Next Xtvt:- 7/6/14 Futsal piala menteri W/p> 30/8/14 Family day B.Merah

Thursday, August 30, 2012

Selamat hari Kemerdekaan Malaysia


Kasi Semangat sikit..bangun Semua..



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 


Kita Sambut Merdeka tapi tak tau erti nyer apa barang..
yer tak..mai2 kita sikit erti nyer:-

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.
Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.
Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.
Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan

Sejarah Istilah Merdeka:-
Asal-usul Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan" Dalam konteks kontemporari, Istilah ini digunakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia untuk melambangkan kedaulatan sesebuah negara.



Kita Layan Dulu lagu baru best tengok gambar yer tak..


Sebahagian Ragam Ahli-ahli Kelab E46 
Menyambut Hari Kemerdekaan

Merdeka Puasa & Raya ( 3 in 1 ) 



Walau kereta brand luar hati Tetap Luv Malaysia...




Apa Erti merdeka Untuk diri anda sendiri?




Macam-macam ragam 




Oitt dah TKO VP kita haha..Merdeka2 Merdeka..




Terbaikk.. Posing sahabat..




Sana sini sinun..Pelbagai telatah haha




Aksi 3 in 1..pelbagai Type "K" (kegembiraan)




Bendahari & Su 1 posing..apa jadi yott..dah pancit ker haha




Khairul layan blues..tetapi Si Baoboi adoii..Lu pikir lah sendiri..




Germany Vs Malaysia = e46 meraikan semangat Kemerdekaan




Wahh.. SU suka nampak haha




Kata Merdeka yer tak..




Walau Jiwa Hardcore hati suci..merdeka2 




Ala2 Tugu Kemerdekaan e46 ke 2 terbaikk..





Ala2 Tugu Kemerdekaan e46 terbaikk..





VP AkA Tokey Bendera..haha




1 tengok anak bulan, 1 tengak abang hensem Cameraman, 
1 lagi sure tengok Bendera kot haha




Ni bukan "Long Piah" tp Pandu Puteri e46..hadoii..




Berkelab german hati tetap Luv Malaysia.. 
Menteri Kewangan kita




Dari Kami Ahli-ahli kelab e46..Mengucapkan Selamat Menyabut Hari Kemerdekaan
Pada seluruh warganegara Malaysia



Sila Kibarkan Jalur Gemilang Kalau Anda Rasa Anda Anak Malaysia
( Kalau Rasa anda Rakyat Nepal, Bagla, Pakistan atau lain-lain tak payah kibarkan haha )



Ehh.. silap Gambar ler pulak haha...

Merdeka2 Merdeka!!!



2 comments:

  1. SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA... TERBAIK

    ReplyDelete
  2. Yeehh..Hati Jarman..tp berpijak di bumi malaysia.. Selamat menyabut hari kemerdekaan semua

    ReplyDelete